Wednesday 10 September 2014

BELAJAR DARI PENGALAMAN


Ular di laut
memagut sekali
tidak dua
kerana takut
lemas.

Air kuteguk terasa manis
walaupun kosong tiada bergula,
campuran bisa.

Pejam mata buka telinga
cuba faham dengan hati
baru mengerti.

Aku bebas,
terbang semahu-mahunya
tanpa belenggu pengikat sayap
menyangkar belikat.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/09/2014.

No comments:

Post a Comment