Sunday 24 August 2014

SKETSA PILU DI PETANG MINGGU


'Aku akan menjagamu
semampu sebisaku
kerana kutahu
engkaulah nyawaku'

... layan jiwang pulak aku
di petang berbumbung kelabu
awan berarak pilu
membawa melodi sendu.

Duduknya aku
melayan syahdu
mataku layu
berat berkilo-kilo gitu.

Ahh! Bukan itu yang mahu aku ceritakan kepadamu
bukan bumbung kelabu bertali teraju
juga bukan mataku yang berat bak batu
ingin aku jamukan kepada kamu

yang ingin aku ceritakan adalah tentang kepiluanku
berperang dengan perasaan nafsu
di petang yang damai, membikin celaru
poket rabak membawa kedinginan pilu di hatiku

hidung kembang kempis memburu
aroma menawan membangkitkan pemburuanku
cempedak goreng di warung maksu
memang menggoda perutku ... ,

"Betullah maksu
aku tak tipu
memang koyak rabak poketku
duit kubawa keciciran di mana, aku tak tahu"

"Ala, maksu
dengarkanlah rayuanku
bukannya selalu
maksu belanja aku"

'Aku akan menjaga maksu
semampu dan sebisaku
kerana kutahu
engkaulah maksu kesayanganku'

"I say maksu, you are my friend"

Hihi ... rasa-rasanyalah
Playboy Itu Suamiku
boleh tak lawan ayat-ayatku.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
24/08/2014.

No comments:

Post a Comment