Friday 22 August 2014

GURINDAM AKU SEBATANG PENSIL


Nak diguna aku dicari,
tak diguna dikuis hujung jari.

Ketika panjang ditayang-tayang,
dah kontot aku melayang-layang.

Masa sayang dibawa ke mana saja,
tak sayang dibiar saja bawah meja.

Di sekolah aku sering kauguna,
habis sekolah aku tiada bermakna.

Dulu kerja pejabat aku kautendang,
la ni kerja jaga baru engkau pandang.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
21/08/2014.

No comments:

Post a Comment