Friday 11 July 2014

ZIONIS DURJANA


Memandangmu
penuh sayu
terbujur kaku
pilu
menyentuh nuraniku.


Saudara
menangis hiba
anak kecil tak berdosa
hilang nyawanya
menjadi mangsa
peluru tak bermata
rejim zionis durjana
bangsa dilaknat oleh-NYA.


Bumi anbiya
si durjana
bermaharajalela
menunjukkan kuasa
letupan di sini sana
nyawa bagaikan tak berharga
mangsanya
tak kenal siapa
kuasa besar menikus sahaja
seolah memejamkan mata
seolah kebal si zionis durjana
di manakah keadilan dunia?


ZIE
11/07/2014

No comments:

Post a Comment