Thursday 10 July 2014

SURAT UNTUK PENGHULU


Wahai tok-tok penghulu
dengarkan suaraku
kenapa harus diikut telunjuk
menjadi boneka duduk
bagai lembu hidung dicucuk.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku ini
tidakkah kamu semua tahu
Amerika dan Israel itu
sekutu dalam gebar sebulu.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku lagi
antara militan dan yahudi jahanam
yang mana satu harus dibenam
wajib kita tanam.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan rayuanku
buka-lah matamu
usah dipekakkan lagi telingamu
melihat penyembelihan Islam berlaku.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan-lah seruanku
keraskan-lah suaramu
bangkit-lah dari penara dungu
gema suara harus kita jamu.

Wahai tok-tok penghulu
ini-lah permintaanku
tegapkan-lah pendirianmu
genggami-lah penumbukmu
bumi Palestin perlukan kamu.

Wahai tok-tok penghulu Islam bersatu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.

No comments:

Post a Comment