Saturday 12 July 2014

SERIGALA, UNTA DAN DUBUK MENGGILA


Serigala mengejar unta
unta pucat bertaburan gigi
lari
namun pada hakikatnya
unta lebih gagah
kekuatan tidak akan terkalah
menggugah
dari lembah ke lembah
seandainya unta terdahulu
memikirkan ummah.

Tarian gelek mengaburi mata
lembutnya pusat bergoyang menjolok jiwa
bayangan serigala tidak diterima
belum lagi menerpa
katanya si unta
dek kerana leka bernafsukan dara
di gebar malam bernuansa
di gebar siang bertenggala
akhirnya tergadai negara
di taring serigala
dan dubuk kini bermaharajalela.

Anak cicit ditinggalkan menjadi mangsa.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
12/07/2014.



No comments:

Post a Comment