Wednesday 9 July 2014

PROVOKASI SAMPAH


Aku peduli apa
dengan mereka yang tidak berakal
bodoh
cuba berkata-kata
tetapi menyimpang dari topik diperkatakan
inilah yang aku katakan
sombong-bodoh
tidak menggunakan akal
lebih rela menyembunyikan tangan
suka pula membuat serangan
keperibadian
di dalam status kawan,
rakan
bukannya mahu ambil ikhtibar dari kata-kata kawan
tapi mempertahankan yang jelas
menunjukkan kebodohan.

Kalau rasa diri itu di pihak yang benar
tunjukkan wajah
jangan bertopeng wajah kartun berpurdah
berpura-pura jadi ustazah
pasti kuludah
pada wajah
provokasi sampah.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
09/07/2014.

No comments:

Post a Comment