Tuesday 20 May 2014

Tapak waktu


Nun di rimba ilalang
aku leka mengejar pepatung
yang berterbangan
sesekali memetik rimbun
bunga berwarna warni
langkahku ditemani
bayu petang yang damai
tiada cela di akal dan hatiku
hanya keindahan
sebagaimana alam di sekelilingku
kerna langkahku
hanya dua tapak ke hadapan
duniaku adalah
kemuncup dan semalu
rerama juga pepatung


waktu pun beredar
kemuncup pun
merunduk sendu kutinggalkan
begitu juga semalu
tidak lagi tersipu-sipu
tanpa sentuhanku
rerama dan pepatung
bebas berterbangan
desakan waktu membawa
langkahku sepuluh tapak
ke hadapan
alam pun berubah
bayu petang sesekali gerimis
di akal dan hatiku
pun ada prasangka
mengapa bersama bayu ada gerimis
keinginanku menyentuh pelangi
kiranya hanya mimpi


langkahku sepuluh tapak
lagi ke hadapan
menyedarkan aku dari mimpi
bahawa hidup ini kenyataan
bukan hanya mengejar
pepatung dan pelangi
tetapi mengejar yang Hakiki.


Cahaya Laila
20 mei 2014
Klang.

No comments:

Post a Comment