Wednesday 9 April 2014

AKTA RAHSIA SYARIKAT


Bos pertama membuka agenda
untuk menaikkan kembali saham syarikat
walau dengan apa cara sekalipun
akan dilakukan oleh dia
yang haram, halal katanya.

Bos kedua tidak bersetuju
kerana agenda yang ingin dilaksanakan
memperbodohkan pemegang saham
dan yang menjadi mangsa
adalah pekerja.

Namun kerana akta rahsia syarikat
bos kedua terpaksa akur
walau tidak bersetuju dengan agenda
terpaksa mendiamkan diri
memendam rasa.

Setiausaha sulit bos pertama
memainkan peranan orang kedua
menyokong agenda yang direka
sehingga ada yang menyangka
setiausaha tersebut itulah bos kedua.

Ramai memuji ramai memuja
kononnya dia yang sepatutnya menjadi timbalan
namun mereka tidak akan pernah menyangka
agenda direka menanti mangsa
membaham mereka.

Bos kedua yang tahu agenda direncana
ditohmah dan dicerca
kononnya tidak layak memegang jawatan
dikatakan mereka, seharusnya memberi jalan
setiausaha sulit melompat jawatan.

"Mampukah bangkai gajah ditutup dengan daun getah?"

Subhana-Allah.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
09/04/2014
17.10.

No comments:

Post a Comment