Wednesday 19 February 2014

TETAP TERPAHAT


Tunas putik kasih
saat rindu telah tersemai
semai rindu kasih
kasih bercambah disirami sinar.
Begitulah
bait-bait kunukilkan
tika saling menyusun kata.
Tiada sedetik 
kumelupakan
walau sesaat 
waktu berputaran
hadirmu 
wahai sayang.
Rindu kian gelora
namun tetap setia
resah kian membara
dalam lena dikau menjelma
terlerai jua rindu yang ada
walau bukan di alam nyata.

ZIE
19/02/2014


No comments:

Post a Comment