Thursday 27 February 2014

Terkenang


ada kenangan antara cerita
kisah musim remaja yang indah
berdiri di hadapan cermin
sudah membuat aku sangat bahagia
apatah lagi mencuba baju baru
segala-galanya terlalu indah

kadang-kadang musim berubah
sedikit peristiwa membuat
aku menangis seharian
rabak hati hanya kerana seremeh perkara
dimarahi ibu atau ayah
dukaku berpanjangan

musim berganti cinta menggamit
bertambah suka dan duka cerita hidupku
penunggu setia Sang Posmen
rindu menatap wajah posmen
melebihi rindu menatap surat cintaku

terlalu banyak kenangan indah
waktu remajaku bersama teman-teman
berkongsi cerita berkongsi suka dan duka
sebenarnya kisah pahit suatu waktu dulu
juga adalah kenangan manis waktu kini

kerana pahit dan manis sebuah cerita
adalah kenangan masa kini.

Cahaya Laila
Klang
27 Feb 2014

No comments:

Post a Comment