Sunday 16 February 2014

KERANA SIFAT


Berlingkar bak ular kenyang
bertilam empuk 
berbantal jemala pelukan kayangan
beku sumsum; dingin pagi

sang bayu menerjah 
datang mengoles sepi; mimpi
jendela nan terkuak luas
terobos

menggigit tulang semalam mati
bak anak kecil di enjutan; terbuai lena
berselimut kaki, menyonyot jari
tuli telinga.

Gotong royong hanya atas kertas.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
16/02/14.

No comments:

Post a Comment