Tuesday 18 February 2014

BRAZIL 2014


Aku membesar bermain bola
keluargaku, keluarga bola
di waktu sekolah aku bermain bola
cikguku... bola.

Bola itu aku
bola itu impiku
mimpiku bola
bola-bola-bola.

Pendek cerita bola!
Aku cinta bola
makanku bola-tidurku bola
mandiku bola
cuma berak tak keluar bola.

Bila bekerja bola masih hidupku
waktu kerja aku berjudi bola
akhirnya ditendang bagai bola
akibat bola bergari sudah.

Dan kini bolaku semakin kempis
tapi perutku semakin membola
kerana sering mencium bola
sehingga bola muntah memandangku
kerana aku digelar 'king of bola'.

Kini aku tengok bola dalam tv
aku tengok tv dalam pondok bola
pondok bola bapak-bapak jaga
pondok bola di tepi padang sekolah
sambil tengok bola aku jaga sekolah.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
18/02/14. 

No comments:

Post a Comment