Sunday 16 February 2014

Aku Bukan Sesiapa


Aku bukan sesiapa
hanya insan biasa
ilmu tak sedalam mana
bukan nak mendabik dada
jauh sekali menunjuk kuasa.

Aku bukan sesiapa
hanya manusia biasa
tak terlepas dari salah cara
tak terhindar dari berbuat dosa
dalam tak sedar tersasar bicara.

Aku bukan sesiapa
punya kelemahan ternyata
andai tingkah menyembilu luka
kususun sepuluh jari memohon kemaafan semua
kurela gugurkan air mata dari menyakiti sesama.

Aku bukan sesiapa
tanpa kalian yang menunjuk cara
aku mungkin tergelincir ke jurang duka
hulurkan tangan tanda persaudaraan seagama
mudahan tercipta ukhuwah dalam mencari redha-Nya.

Aku bukan sesiapa!

CNM, 15/2/14, BBBangi

No comments:

Post a Comment