Friday 20 December 2013

SEKALUNG TAHNIAH DAN DOA


Aku bangga
bangga dengan pencapaian
teman-temanku semua
mencipta nama
dengan usaha kaki dan kudrat sendiri.

Bangga
bilamana nama teman-temanku
terpampang di dada akhbar
dan juga makalah
seumpama Dewan Sastera.

Dan yang membuat aku bertambah bangga
walau tidak mempunyai pertalian darah
akulah orang pertama
yang ingin dikongsikan berita gembira
kejayaan dikongsikan dengan aku.

Sahabatku Qalam Bertinta
aku berbangga dengan kejayaanmu
sahabat seperjuanganku
sahabat penyair
pengkarya seangkatanku.

Adingndaku Teratai Abadi
terima kasih
kerana sanggup berkongsi
berita gembiramu
dengan diriku.

Hujan malam ini telahpun tenang
hujan di mataku
tidak mampu aku bendung
masih bergenang
terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hatiku.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
19/12/2013.

No comments:

Post a Comment