Friday 27 December 2013

GETARAN KERIS BERKARAT


Kerisku, 
keris berkarat
telah lama 
tidak didekat
di dinding 
kerisku melekat
dua pasak
dijadikan pengikat.

Bergetar
minta diangkat
merayu
usah dibiarkan terikat
sebelum bubut
datang menyakat
dipahat
jampi perapat.

Keris dihurung getaran hebat.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
27/12/13.


No comments:

Post a Comment