Sunday 29 September 2013

Sendu Dan Airmata.


Dalam dakapan sendu
kuterlihat
seraut wajah kusam
mengalir duka
airmata.

Pelbagai persoalan
bermain di benak hati
cuba merungkai
persoalan
kenapakah gerangannya?

Apakah ini kerana diriku?

... jika benar
maafkan aku yang terleka
akan kilauan kaca
sehingga terlupa, engkau
terseksa.

Akan kuseka airmatamu
dan relalah aku meneguk juraiannya
semoga bahagia
kita, tanpa kilauan kaca dusta
merentangi, cinta kita.

Sazalee Sulaiman ... 29/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment