Sunday 25 August 2013

KUMBANG DURJANA.


Wahai engkau
sang kumbang durjana
jangan kausangka
mampu menangguk
mampu mengeruk
mampu melukah
si bunga suci
dengan segala pujian yang engkau maniskan.

Sisipan ilmu 
yang engkau kongsikan 
tidak sebanyak mana aku congak catukan
dan engkau mengharapkannya 
mampu menunduk
dan menjerat si bunga suci
ke ranjang noda.

Tidak malukah kamu 
wahai sang kumbang durjana
mengharap ranjang sebagai balasannya
akan apa yang engkau katakan dahulu
ikhlas dalam memberikan ilmu
memantapkan perdu.

Kesian si bunga suci
tangkainya rapuh di mekarnya belum
akan gugur di tangkainya putik
hilang semangat kerana terjentik, hati
... tersentak suntikan pekong 
sang kumbang durjana
tiada giginya.

Wahai engkau si bunga suci 
ratu hatiku, aku berseru 
pada dirimu
... agar jangan gugur sebelum waktu
lihat dahulu perjalanan sang kumbang durjana
jatuhnya nanti pasti 
di pangkal kayu.

Bersabarlah dahulu untuk sementara waktu.

Sazalee Sulaiman ... 25/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment