Sunday 25 August 2013

ADAKALA


walau seringai menggoda
tidak pernah melambai mesra
cukup sekadar senyum
menyimpan rindu
saat hati menyapa
lebih indah
andai berbunga do'a.

adakala
mencintai dalam diam
lebih bermakna
tanpa bujuk rayu
kerana pesona itu
sukar diduga
andai si dia hanya berdusta.

engkau cuma dapat berharap
kala mata mula terlelap
bermain api
waktu terjaga
cinta bukan lagi mimpi.

SRI MAWAR
Kuala Kurau,
Perak.
25 Ogos 2013
8.13 am.

No comments:

Post a Comment