Recent Posts

Wednesday, 24 July 2013

TIADA LAGI PERSINGGAHAN


Tegar di ranting
sarang masih utuh
meski sedikit carik
usang menyimpan rahsia.

Janganlah camar
mengoyak luka
tampalan robek
reput menanti masa
andai paruhmu meragut
kasar menyusut.

Jika sarangmu gugur
tiada lagi persinggahan
terbanglah ke saujana pandang
mencari di hujung padang.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
27 Mei 2013

No comments:

Post a Comment