Recent Posts

Wednesday, 24 July 2013

PERKEMBANGAN PUISI-PUISI DI MEDIA MASA

Media baru atau dikenali juga dengan ruang maya memberi peluang kepada para peminat seni untuk mengambil tahu dan mempelajari seni ini...terutamanya sastera dan juga budaya...dalam puisi dan sajak serta karya-karya yang berbentuk sastera ada metafora-metafora atau perlambangan yang mantap di sebalik kata-kata kiasan...ia adalah satu keindahan dan dapat dipelajari dengan mudah oleh mereka-mereka yang mahu belajar yang mungkin dahulunya tidak dapat mendalami ilmu sastera ini belajar secara lanjutan.

Bukan sahaja media masa juga media cetak juga memainkan peranan mereka dalam penumbuhan seni yang amat menggalakkan ini...melalui medium inilah yang tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Tapi sayang...sayang seribu kali sayang...seandainya mereka ini yang baru mula mahu bertapak dalam mendalami ilmu sastera diperlekehkan oleh mereka-mereka yang kononnya telah menempa nama yang gah di mata dunia...sehingga menempelak hasil mereka sebagai SAMPAH/SYOK SENDIRI...seharusnya melalui media inilah mereka memberikan tunjuk ajar bukannya membantutkan lagi tapakan kaki mereka(yang baru mahu belajar)

Saya memandang kata-kata dari Allahyarham Sn Dato' Usman Awang ini...

"Penulis tidak perlu takut dan bimbang dengan cap mohor propaganda, malah dalam keadaan politik dan ekonomi sekarang ini dan dalam keadaan kehidupan manusia abad dua puluh ini, penulis membikin propaganda daripada ciptaan seni sastera yang bernilai."

- Ceramah yang disampaikan dalam majlis ceramah anjuran Kelab Sosial, Universiti Malaya, 2 Oktober 1969.

“… Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja.”

SN Usman Awang (Bisikan Perpaduan)

"Kesusasteraan adalah suatu alat yang penting untuk membangunkan kesedaran rakyat dan suatu senjata yang besar untuk membunuh fahaman kolot dan mundur yang membeku dalam jiwa rakyat. Alat dan senjata ini amat besar gunanya untuk menggulingkan segala keburukan dalam kehidupan rakyat. Dan tugas pertama dalam perhitungan ini adalah terpikul di atas bahu sasterawan-sasterawan angkatan baru kita yang sedikit masa dahulu hebat memperkatakan hak-hak kewajipannya."

- Mingguan Melayu, 25 Mei 1952

sepatutnya penulis-penulis yang mempunyai nama ini mengambil peluang ini untuk mendekati mereka-mereka yang baru mahu belajar ini dengan kehadiran media masa untuk menabur kembali ilmu mereka, menyatu padukan penulis-penulis kecil-kecilan yang baru mahu bertapak ini bukan hanya pandai menempelak tanpa diberikan tunjuk ajar yang sewajarnya...dan sedarlah mereka-mereka yang menempelak kononnya penulis di media masa dan media cetak ini hanyalah SAMPAH...sedarlah secepat mungkin yang mereka juga bermula dari bawah suatu masa dahulu iaitu dari media cetak mereka menempa nama...

dan kini...bermulanya era baru iaitu media masa...yang lebih mudah untuk mendekati peminat-peminat mereka...cuba fikir kembali dan mengambil kemudahan ini sebagai satu cabang dalam bentuk berdakwah akan ilmu mereka dan berkongsi dengan pembaca-pembaca yang meminati sastera ini.

Terima kasih prof...kerana memberi saya ruang di sini untuk menzahirkan apa yang saya rasa...cuma satu sahaja yang saya minta...janganlah diamalkan budaya songsang di dalam media masa ini dan budaya rasuah...RASUAH NAMA...untuk kepentingan peribadi mereka.

Maaf keterlanjuran kata-kata saya. Terima kasih.

Sazalee Sulaiman 24/07/2013.

No comments:

Post a Comment