Recent Posts

Wednesday, 31 July 2013

MEREWANG.


Tinta ilham tersekat di pena
permulaannya basah di pertengahannya 
kering
sekering-keringnya
bagaikan nota lagu yang aku tulis
sumbangnya irama

di pembukaan cantik di korusnya hancur
dan akhirnya 
nota kugumpal-gumpalkan
dan aku buangkannya ke dalam tong sampah
di hujung jarinya kakiku
tamat di situ.

Kupadam lampu 
dan aku layan kembali 
rewanganku.

Sazalee Sulaiman ... 31/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment