Recent Posts

Wednesday, 31 July 2013

GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 4.


Meriah tempahan si biskut raya
si anak cina berbalang tempahannya
inilah nama, raya satu Malaysia.

Beratnya mata susah nak buka
terlebih makan ketika berbuka
hai, dah mula resmi si sawa.

Bergema sudah azan di surau
terdengar syahdu walau pun garau
malam duapuluh, Al-Qadar digagau.

Riang ria moreh di surau
pakcik dan makcik bersenda gurau
anak teruna gatal dan angau.

Sazalee Sulaiman ... 31/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment