Monday 24 June 2013

~ Kalau boleh~


Sumpah...
aku tak memaksa
kalau boleh tak usah dibaca
tulisanku ini hingga ke dalam-dalamnya
aku takut nanti
kalian rasa bersalah
kerana terpaksa
menyimpan rahsia
hatiku yang sedang dilanda
resah gelisah

Kalau boleh
nukilanku ini jangan dihayati
aku bimbang nanti
kalian rasa rugi
masa emas kalian tercuri
kerana karyaku ini
tak punya walau sehama
serpihan mutiara seni
aku menulis kerana benci
pada kerinduan yang tak dimengerti
Kalau boleh
aku tak ingin jadi
penagih tegar sang puisi

~msa; 150613 Sanglang,Kedah.~

No comments:

Post a Comment