Sunday 23 June 2013

~ Apa~


Jangan...
jangan harap apa-apa
jangan cari apa-apa
ini dan di sini
hanyalah selintasan bunyi detik hati
dan detak-detak jantong, bertembong
di lorong-lorong nadi yang ketepuan rindu
Jangan...
jangan tanya apa-apa
kenapa atau mengapa
di sini atau di situ
di lembah atau di puncak Kinabalu
tok nenek atau cucu-cicit
akan disinggahi rasa sakit
oleh sengatan rindu yang tak mengenal usia
selagi hayat dikurniakan Maha Pencipta
Apakah semudahnya kita melupakan Dia ?

~msa:090613 Bkt Bendera,Penang~

No comments:

Post a Comment