Monday 24 June 2013

AKU TAHU


Aku tahu apa yang engkau mahukan
aku tahu apa yang engkau lakukan
tak perlu engkau menidakkan
dan tak perlu engkau merahsiakan.

Bukan sekali dua engkau membohongi
bukan sekali dua aku dibohongi
perlukah aku mengucapi
setiap apa yang engkau rahsiai.

Cukup, cukup, sudah...
aku tak mahu mendengari
aku tak mahu berterusan dibohongi
cukup sudah aku memaafi
setiap apa yang engkau dustai.

ZIE 24/06/2013

No comments:

Post a Comment