Wednesday 24 April 2013

Yang aku rindukan.



Kurindukan malam di dada langit
cakerawalanya sentiasa tersenyum, indah
beraneka planet setia menanti
Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, 
Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto setia di paksi
seakan menari, terbias cahaya mentari.

Kurindukan gelap di dada langit lapang
bertitik-titik cakera surianya 
beraneka bentuk - beraneka sumber 
sebatian dan galian, berbentuk buruj; bujur 
dan ada juga yang berbentuk silinder
leperpun ada.

Kujuga rindukan, lintasan komet-kometnya
yang melintas di ruangan angkasa
berekor bak api yang mencakar langit
berbagai nama dan fungsi kejadiannya

... ada Afelion yang bertitik di dalam orbit 
tempat sesuatu komet atau planet berada 
paling jauh dari matahari

... ada juga Perihelion di dalam orbit 
kedudukannya apabila sesuatu planet atau komet 
berada paling hampir dengan matahari.

Ahh! Banyak lagi tentang kejadian alam yang aku rindukan
bertitik teraskan keesaan dan kekuasaan Tuhan
Yang Maha Berkuasa dan Maha Mencipta 
dengan keizinan dan kehendak-Nya Yang Maha Penyayang.

Aku rindukan Tuhan.

ss/spl/pm ... 24/04/2013.


No comments:

Post a Comment