Monday 22 April 2013

Jom Mengundi.



Dulu berdiam bukannya penakut
tapi berdiam tak mahu berperang mulut

dulu berdiam memerhati bagai sang tikus
kini berjuang dengan nafas yang rakus

dulu berdiam dipermainkan gaji minima
sekarang lantang membangkitkan isu gaji minima

dulu berdiam kerana kerajaan tiada wang
la...ni meminta kerana kerajaan banyak wang

dulu berdiam mahu melihat prestasi kerajaan
kini tiba masanya untuk audit kerajaan.

Jom, kita pergi mengundi.

ss/spl/pm ... 22/04/2013.

No comments:

Post a Comment