Saturday 20 April 2013

CERITA SEBUAH KERUSI



Hanya sebuah kerusi
namun punya nilai yang tinggi
sentiasa ditunggu untuk diduduki
oleh mereka-mereka yang berani berjanji
biarpun mereka sendiri sedari
tidak semua janji mempu ditepati.

Hanya sebuah kerusi
diidam setiap lima tahun sekali
dan yang pernah menduduki
seakan enggan melepaskan pergi
sementara yang menanti
berharap diberi peluang untuk menerajui.

Cerita sebuah kerusi
tidak akan berakhir hingga kemati
kerana kerusi ini bukan sebarang kerusi
memegang amanah pada mereka yang mengerti
atau menjadi tangga mengejar kemewahan diri
pada mereka yang tidak punya maruah diri.

…hanya kerana sebuah kerusi
manusia lupa akan adab pekerti.

Qalam Bertinta
20042013
1941pm
CERITA SEBUAH KERUSI

Hanya sebuah kerusi
namun punya nilai yang tinggi
sentiasa ditunggu untuk diduduki
oleh mereka-mereka yang berani berjanji
biarpun mereka sendiri sedari
tidak semua janji mempu ditepati.

Hanya sebuah kerusi
diidam setiap lima tahun sekali
dan yang pernah menduduki
seakan enggan melepaskan pergi
sementara yang menanti
berharap diberi peluang untuk menerajui.

Cerita sebuah kerusi
tidak akan berakhir hingga kemati
kerana kerusi ini bukan sebarang kerusi
memegang amanah pada mereka yang mengerti
atau menjadi tangga mengejar kemewahan diri
pada mereka yang tidak punya maruah diri.

…hanya kerana sebuah kerusi
manusia lupa akan adab pekerti.

Qalam Bertinta
20042013
1941pm

No comments:

Post a Comment