Wednesday 27 March 2013

SEMALAM YANG DITINGGALKAN



Aku cuba merindui malam
seperti pengantin merindui malam pertama
agar di hamparan langit muncul wajahmu
dan di lamunan sepi ini
terjahan ingatan mengisi setiap ruang
pada akal fikir dan di hati.

Cuba kuangkat mimpi setinggi langit
rupanya termampuku
hanya sekadar di hujung rerumput di bumi
dan angin pun sepertinya tidak sudi
untuk membisikkan namamu.

Lalu kutolak semua ingatan itu
agar menjauh dariku
semoga imbasan masa lalu
tidak lagi menyinggahi fikiran

…dan semalam itu
adalah aku yang ditinggalkan.

Qalam Bertinta
27032013
1915pm
SEMALAM YANG DITINGGALKAN

Aku cuba merindui malam
seperti pengantin merindui malam pertama
agar di hamparan langit muncul wajahmu
dan di lamunan sepi ini
terjahan ingatan mengisi setiap ruang
pada akal fikir dan di hati.

Cuba kuangkat mimpi setinggi langit
rupanya termampuku
hanya sekadar di hujung rerumput di bumi
dan angin pun sepertinya tidak sudi
untuk membisikkan namamu.

Lalu kutolak semua ingatan itu
agar menjauh dariku
semoga imbasan masa lalu
tidak lagi menyinggahi fikiran

…dan semalam itu
adalah aku yang ditinggalkan.

Qalam Bertinta
27032013
1915pm

No comments:

Post a Comment