Tuesday 26 March 2013

Memilikimu.



Seandainya dapat
aku ulangi zaman remajaku
tak akan kuubah sejarah silam
tak akan aku ubah 
segala kenangan

akan kunikmati 
setiap inci kenangan silam
akan aku kecapinya 
dengan ketenangan fikiran

kerana aku tahu
seandainya sejarah aku ubah aliran
tak akan mampu aku 
bertemu dan memilikimu
insan kesayanganku.

Engkau tetap menjadi pilihan.

ss/spl/pm ... 26/03/2013.


No comments:

Post a Comment