Tuesday 26 March 2013

MASA LALU



Kubiarkan sekujur jasadku
dirangkul helaan
agar masa lalu dapat kuhindari
walaupun hanya untuk sementara waktu
untuk kutapaki semula
jejak-jejak semalam
yang telah kutinggalkan
dalam sendu memilu.

Biarpun kusedar
masa lalu itu umpama pemburu
yang tidak pernah bosan menjejaki
namun masih cuba ‘tuk kuhindari
kerana masa laluku
bagaikan mimpi ngeri
pada setiap jaga dan lenaku.

Jasadku masih di situ
bersama helaan yang terputus
melihat masa laluku
yang datnag dan pergi
dalam detik waktu
yang tak pernah berhenti.

Qalam Bertinta
26032013
1925pm
MASA LALU

Kubiarkan sekujur jasadku
dirangkul helaan
agar masa lalu dapat kuhindari
walaupun hanya untuk sementara waktu
untuk kutapaki semula
jejak-jejak semalam
yang telah kutinggalkan
dalam sendu memilu.

Biarpun kusedar
masa lalu itu umpama pemburu
yang tidak pernah bosan menjejaki
namun masih cuba ‘tuk kuhindari
kerana masa laluku
bagaikan mimpi ngeri
pada setiap jaga dan lenaku.

Jasadku masih di situ
bersama helaan yang terputus
melihat masa laluku
yang datnag dan pergi
dalam detik waktu
yang tak pernah berhenti.

Qalam Bertinta
26032013
1925pm

No comments:

Post a Comment