Tuesday 19 February 2013

RAWAN



Menapaki kerikil-kerikil tajam
mengguris, menusuk dan menyengat
mengheret langkahan longlai
cuba merentasi batas-batas gundah
dalam kenestapaan yang membunuh.

terhela dalam sekatan nafas
membuncah segala rawan
cuba memujuk laut hati agar tenang
tika taufan gurun rasa membadai
menghimpun sisa-sisa impian
menjadi bukit-bukit harapan
goyah tanpa kekukuhan dasar
dan mata pun memandang dalam gelap
lalu tersungkur tanpa pasrah
hanya menunggu bumi memamah.

Qalam Bertinta
19022013
2331pm
RAWAN

Menapaki kerikil-kerikil tajam
mengguris, menusuk dan menyengat
mengheret langkahan longlai
cuba merentasi batas-batas gundah
dalam kenestapaan yang membunuh.

terhela dalam sekatan nafas
membuncah segala rawan
cuba memujuk laut hati agar tenang
tika taufan gurun rasa membadai
menghimpun sisa-sisa impian
menjadi bukit-bukit harapan
goyah tanpa kekukuhan dasar
dan mata pun memandang dalam gelap
lalu tersungkur tanpa pasrah
hanya menunggu bumi memamah.

Qalam Bertinta
19022013
2331pm

No comments:

Post a Comment