Wednesday 20 February 2013

Kuucapkan selamat tinggal.



Untuk kali yang terakhir
kukatakan di sini
buat tatapan mata
dan bacaanmu
semoga engkau fahaminya.

Telah berulang kali
aku berikan peluang 
untuk engkau berbaik 
dan kembali semula
kepadaku.

Namun sia-sia
segala kesabaran
segala peluang 
yang aku hidangkan
hanya sia-sia.

Kesabaranku
sudah mula sirna
hilang
bersama kerinduan
bertampuk masa.

Dan sekarang
aku ucapkan kepadamu
selamat tinggal
buat selama-lamanya
semoga engkau,

... berbahagia.

ss/spl/pm ... 20/02/2013.



No comments:

Post a Comment