Thursday 24 January 2013

Selawat serta salam buat Nabi junjungan.



Maha Suci Engkau Ya Allah
Pencipta langit dan bumi
alam ghaib dan nyata
menjadikan kami insan manusia 
sebagai khalifah di atas muka dunia
pelbagai ragam dan bentuknya
pelbagai rupa dan gayanya
untuk menjadi hamba-Mu 
Tuhan Yang Esa,

Kau-utuskan juga rasul dan nabi-Mu
sebagai pemimpin kepada umat manusia
untuk menjadi pengingat kepada mereka
akan diri-Mu Yang Maha Esa
Maha Berkuasa
menjadikan Muhammad SAW
kekasih-Mu
kekasih sekelian alam.

selawat serta salam
kuutuskan buat baginda 
nabi junjungan.

ss/spl/pm ... 24/01/2013.


No comments:

Post a Comment