Thursday 24 January 2013

Selawat dan salam.



Di senja ini
tangan kuhulurkan, menadah
kulafazkan juga dua kalimah 
agar terpelihara syahadah
syariat dan akidah
berdoa sambil berserah
agar Allah 
mendengar segala keluh dan kesah
kerinduanku terarah,

berselawat serta salam
tidak akan pernah terpadam
kerinduanku kepada penghulu alam
Nabi junjungan, di dalam kiam
rindu semakin mendalam.

Selawat serta salam buat Nabi junjungan
Sallallahu Alaihi Wassalam.

ss/spl/pm ... 24/01/2013.


No comments:

Post a Comment