Saturday 26 January 2013

‎~ milik semua ~



cinta
semua berhak atasnya
tua dan muda
teruna dan dara
duda mahupun janda
semua mahu bercinta

biarpun yang kaya
rumah besar kereta menjalar
miskipun miskin hidup merana
tetap ada cita-cita untuk
bercinta

cinta
unik dan aneh
kadang-kala pening kepala
fikirkan nikmat dan hikmatnya
ada bercinta macam
tukar lampin pakai buang
ada bercinta macam apam balik
di sini sayang di situ rindu
cinta dua dalam satu

apapun
cinta itu milik semua
pandai-pandailah bawa cerita
biar papa harta jangan papa cinta
itupun satu dari berjuta falsafah cinta

Jue Affendi
~ milik semua ~

cinta 
semua berhak atasnya
tua dan muda
teruna dan dara
duda mahupun janda
semua mahu bercinta

biarpun yang kaya
rumah besar kereta menjalar
miskipun miskin hidup merana
tetap ada cita-cita untuk
bercinta

cinta
unik dan aneh
kadang-kala pening kepala
fikirkan nikmat dan hikmatnya
ada bercinta macam 
tukar lampin pakai buang
ada bercinta macam apam balik
di sini sayang di situ rindu
cinta dua dalam satu

apapun
cinta itu milik semua
pandai-pandailah bawa cerita
biar papa harta jangan papa cinta
itupun satu dari berjuta falsafah cinta

Jue Affendi

No comments:

Post a Comment