Friday 25 January 2013

MERACUN SUKMA


Timbang berat besi penghadang
dahan di tasik dikerat-kerat
memang hasrat bagai terhalang
runtuhan nasib bagai tersurat.

Cindai sutera sama direka
relah dahlia dicucuk peniti
andai bahagia cuma seketika
pasrah dan redha menakluk hati

Bunga raya di tepi pakma
hujan di gurun gerimis cuaca
tiada cahaya menyeri sukma
bagaikan racun memamah bisa.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
25 Jan 2013

No comments:

Post a Comment