Friday 25 January 2013

‎~♥ Cinta ♥~


Mengorak langkah di antara masa
umpama meteor memecah di angkasa
butiran-butiran bintang bak ratna
berasmaradanta mengilap panca indera
bercorak lukisan-lukisan memukau mata
kehalusan ukiran nama-nama cinta
menelanjang maknawi di dalam frasa
fakta-fakta tersemat di benjan atma
tanpa menghiraukan kata-kata
melangkah kehadapan saf-saf yang dibina
mempertahankan demi cinta
di antara ambum mega dan teja
kekuasaan cinta tiada batasannya

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 25/01/2013

No comments:

Post a Comment