Recent Posts

Thursday, 31 May 2012

Kenyataan Di Alam Maya

Cerpen bersiri bab 2

Kenyataan Di Alam Maya:

“Jo...Johan, sabar ok...sekeras-keras hati wanita akan lembut juga nanti bila Jo berlembut dengan dia...unpama kerak nasi...kerasnya akan lembut apabila direndam air lama-lama...” ujar Murad kepada Johan apabila Johan menceritakan kepadanya tentang perselisihan paham antara dia dengan Zubaidah... ,

“Kau kena banyak bersabar dengan dia...jangan berkasar sangat...mungkin dia kepenatan dengan kerenah anak-anak dan keletihan dengan kerja-kerja rumah yang banyak...mana lagi nak memasak dan membasuh, mengemas rumah dan sebagainya...mungkin dia tertekan...” ujar Murad lagi memberikan pandangan ikhlasnya kepada Johan.

“Ya! Aku tahu tu Murad...aku tahu bukannya senang nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni...tapi...aku benar-benar tertekan dengan kerenah dia...leterannya semakin hari semakin menjadi-jadi...semakin menggila...” ujar Johan... ,

“Hari ini tuduhannya semakin melampau...dia tuduh aku ada perempuan lain di luar sana...kerana itu aku selalu balik lewat saban hari...kononnya aku berjumpa perempuan lain di belakangnya lepas waktu kerja...” ujar Johan lagi mempertahankan dirinya sendiri... .

“Betul ke?...” tanya murad... “Maksud aku...betul ke kau tak jumpa perempuan lain...” terang Murad akan maksud pertanyaannya... .

“ Kau gila Murad...mana ada aku ada perempuan lain...apatah lagi nak jumpa sembarangan...” ujar Johan... ,

“Aku selalu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas...tu sebab aku selalu balik lewat...lagi pun bukannya kau tak tahu keadaan lalu lintas di Jalan Pudu tu...setiap hari boleh mendatangkan hati yang panas...” ujar Johan lagi... ,

“Dahlah penat memandu dalam kesesakan ditambah stres dengan kerja yang tak pernah surut...semakin lama semakin menimbun bebanan kerja...alih-alih!...balik rumah kena sembur...dituduh yang bukan-bukan...kalau engkau pun akan rasa marah Murad...naik angin!!...” ujar Johan semakin hanyut dengan luahan hatinya... .

“Ya...aku paham Johan...sabarlah ya...kita ni lelaki kena pandai memainkan peranan kita...jangan diikutkan kemarahan di hati tu...semakin kau marah...semakin porak peranda rumah tangga engkau nanti...kalau kau berlembut aku pasti isteri engkau nanti akan paham lambat launnya...” ujar Murad mententeramkan hati temannya itu... ,

“Ni aku nak tanya engkau ni...engkau dah makan malam belum ni?...” tanya Murad kepada Johan...yang dia sendiri pasti jawapannya ‘belum’ dari Johan... ,

“Belum Murad...sebutir nasi pun aku tak masuk dalam tembolok aku lagi...” jawapan ikhlas dari Johan...yang tiba-tiba terasa perutnya juga menyahut memberi jawapan pada pertanyaan Murad itu...berbunyi-bunyi... “Kelaparan kot cacing-cacing dalam perut aku ni...”bisik Johan di dalam hatinya... .

“Pergilah makan dahulu sebelum tidur...nanti perut engkau masuk angin...sakit...engkau juga yang susah nanti...jangan diikutkan hati tu...ikut hati mati sahabatku...” pesan Murad kepada sahabatnya... ,

“Aku pun nak ‘offline’ dah ni...lewat benar dah...jam pun dah 2 pagi ni...mengantuk...esok nak pergi kerja lagi...pergi makan ya sahabatku...” ujarnya...lalu perbualan mereka secara maya termati di situ...kerana dia tahu Johan pasti tidak akan membalas lagi perbualan mereka...bila dia katakan yang matanya amat mengantuk... .

Johan yang telah mematikan laptopnya tadi kini telah pun berada di dapur rumahnya...dia membuka periuk nasi dan melihat jika ada nasi lagi ke untuk dia mengisi perutnya... “Ah” gerutunya...periuk nasi kosong...tiada sebutir pun nasi di dalam periuk itu...dibukanya pula peti ais...mana tahu ada lauk lagi yang disimpan di dalam peti ais...boleh juga dia mengisi perutnya dengan makan lauk sahaja...tapi sayang tiada apa di situ...yang ada hanyalah air sejuk di dalam botol-botol yang tersusun di dalam peti ais tersebut... ,

Kesian Johan...tiada apa yang dapat dilihatnya yang boleh mengisi perutnya yang semakin memulas kelaparan...lantas dia mengambil gelas dan menuang air sejuk dan meneguk dengan perlahan-lahan...dari segelas ke segelas...harapannya semuga dengan air sejuk itu dapatlah dia menahan kelaparannya... .

Mengalir airmata lelakinya kerana tak sangka sampai sebegitu tindakan Zubaidah terhadapnya...sanggup membiarkan dia kelaparan setiap malam...tidak seperti mula-mula mereka berkahwin dahulu...makan minumnya sentiasa dijaga rapi oleh Zubaidah...walau lewat pulang dari pejabat...Zubaidah pasti menanti dia untuk makan malam bersama-sama...setelah makan bersama mereka akan duduk bersembang di hadapan telivisen sambil meneguk air kopi yang dihidangkan oleh Zubaidah... .

Kenangan hanya tinggal kenangan...semakin hari semakin menjadi-jadi sikap Zubaidah yang tidak memperdulikannya lagi...makan minum dan pakaiannya...dia yang uruskan sendiri...kadang-kadang Johan hampir terlelap ketika memandu ke pejabatnya setiap pagi...mujurlah tidak kemalangan...akibat dari kelaparan yang terpaksa dia tanggung sehingga sampai ke pejabatnya...kerana takut lewat ke pejabat kalau dia singgah bersarapan di mana-mana warung tepi jalan...dan ada juga sekali...dia tertekan break secara mengejut dan hampir dilanggar kereta-kereta di belakangnya di perhentian lampu isyarat lalu lintas...kerana menyangkakan lampu hijau telah pun bertukar kepada merah akibat matanya yang hampir mahu terlelap... .

Kesian Johan...setiap hari dengan perut kelaparan dia memandu kereta menempuh kesesakan lalu lintas ke pejabatnya...sehinggalah satu hari bosnya memanggil dia mengadap di dalam bilik bos... ,

Bersambung di bab ke 3... .

SELAMAT MALAM


Salam kasih
jiwa berkasih
salam malam
kenangan semalam
mataku lelah
mindaku kalah
jumpa lagi
lewat pagi nanti
kuundur diri
untuk aku bersendiri
memagar ilham
untukku bergurindam.

Selamat malam kepada semua
yang mendatangkan ilham.

ss/spl/pm ... 31/5/2012.

Wednesday, 30 May 2012

KERANA AROMA AYAM PERCIK

Sehari Satu Juadah

KERANA AROMA AYAM PERCIK

Hatiku terjentik
pantasnya jiwaku terusik
aroma yang semerbak mengusik
di bawa angin ke hulu ... ke hulu ianya di mudik ... ,
mudiknya ke hidungku sambil menjentik ... ,
menjentik berpukau tergedik-gedik
pukauan yang mencantas ketenangan ... aku tertarik
akan aroma menggoda ... oh ... aroma ayam percik
hidungku kini sudah amat tertarik
sehingga diriku merisik-risik
di mana datangnya aroma yang bergemersik
sewaktu peluhku memuncak lalu terpercik
baru dapat kukesan di mana datangnya aroma ayam percik
datangnya dari rumahmu si gadis cantik
namun sayang seribu kali sayang ... oh cik adik
ayam percik dihidang untuk tetamu besar berbadan katik
datangnya berhajat untuk merisik
merisik kamu untuk dijadikan gundik.

Aduhai ... kecewa lagi diriku dek kerana aroma ayam percik.

ss/spl/pm ... 30/5/2012.


Kenyataan Di Alam Maya

Cerpen bersiri bab 1

Kenyataan Di Alam Maya:


Kadang-kadang aku tertanya-tanya kepada diri aku ini...setelah seharian aku kepenatan dalam melayari halaman alam maya ini yang adakalanya bagiku ada kekejamannya yang tersembunyi melingkari ke
seronokan ini...aku terhenti sejenak di sini dan meraba-raba dalam kesunyian dan kepekatan malam yang amat sunyi...mencari satu jawapan yang aku sendiri tak pasti...apakah jawapannya dari soalan ini... ,

Apakah yang aku dapat dari kelekaan aku melayari keasyikan yang sementara ini?

Entahlah...itulah jawapan dariku dengan persoalan ini...aku sendiri masih lagi mencari-cari akan jawapannya...keseronokkan yang aku rasai kadang-kadang lenyap dengan sendirinya bila angin malam menyapa kesunyian ini... .

Marilah kita lihat akan paparan aku kali ini dengan tajuknya KENYATAAN DI ALAM MAYA.

Johan selalu menghabiskan masanya dengan melayari halaman mukabuku untuk melepaskan lelah dan kerunsingan diri akan rumah tangganya yang semakin meruncing akibat kurangnya kesefahaman di antara dia dan isterinya yang semakin hari semakin hilang rasa kasih sayang antara mereka... .

Isterinya Zubaidah terlalu kerap menyakitkan hatinya dengan kerenah yang tidak memahami keletihan tugasan seharian di pejabat yang semakin hari semakin menimbun...bila pulang sahaja ke rumah apa yang diharapkan oleh Johan adalah ketenangan bukannya keributan yang semakin mencengkam hatinya...Zubaidah pula asyik dan suka berleter...meleterinya kerana sering pulang lewat ke rumah jam 8 malam akibat tugasan yang harus diselesaikan pada hari itu juga...bukan ianya disengajakan...lagi pula dengan kesibukan lalu lintas yang bukannya Zubaidah tidak tahu malahan boleh ditatap dan didengari dari corong radio dan kaca tv setiap hari... alasan itu semua Zubaidah tolak tepi...alasan yang sering diberi oleh Johan tidak diterima dan kerana itu sering kali mereka bertelagah hingga mendatangkan pergaduhan yang berpanjangan...dan akhirnya mereka tidur berasingan walaupun masih hidup sebumbung... .

Anak-anak mereka semakin hari semakin menjauh dari kehidupan mereka...makan malam anak-anak terpaksa mereka usahakan sendiri kerana setelah ibu dan bapa mereka bertengkar pastinya ibu mereka akan mengunci diri di dalam kamar tidur dan tidak menghiraukan mereka lagi...makan atau tidak mereka tidak dipedulikan inikan pula makan minum bapa mereka...yang pastinya akan tidur dalam kepenatan dan kelaparan saban malam.

Dan kerana itu setelah usai menatap kerja sekolah anak-anaknya, Johan akan mengunci diri di dalam biliknya sambil melayari halaman alam maya sehingga waktu dini hari...baginya kesepian dan kerunsingan dirinya akan hilang apabila dapat berseloroh dan bergurau senda dengan teman-teman alam mayanya...yang rata-ratanya amat terhibur dengan keletah gila-gilanya apabila bergurau senda dengan mereka... ,

Dan ada ketikanya Johan akan meluahkan rasa yang terbuku di dalam dadanya kepada rakan-rakan yang dia boleh percayai terutamanya Murad yang sering memberikan kata-kata semangat kepada dirinya agar mampu bertenang dalam menghadapi krisis rumah tangga antara dia dan isterinya Zubaidah...apa sahaja masaalahnya dan apa sahaja persoalan tentang pertengkaran mereka suami isteri maka Muradlah yang akan dicarinya untuk meluahkan rasa di hati bagi melepaskan kerunsingan yang semakin menghimpit diri, jiwa dan sanubarinya... .

Murad pula akan menasihatkan Johan seadanya yang dia mampu...kerana dirinya sendiri adalah duda kematian isteri dan hidup kesunyian tiada teman menemani...jadi Johanlah sahabatnya yang selalu menemani kesunyian dirinya sendiri yang saban malam tanpa jemu untuk bertanyakan tentang kehidupannya selain meluahkan masaalah peribadi... ,

“ Johan...sabarlah...ada hikmahnya jika kita bersabar sentiasa...percayalah kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui...ada rancanganNya dengan ujian yang Dia beri kepadamu sahabatku” ujar Murad setiap kali Johan meluahkan masaalahnya kepada dia... .

Air yang tenang rupanya ada pemangsa yang sedang menanti...kepercayaan yang amat mendalam Johan kepada Murad rupanya ada geruh yang sedang menghampiri...orang yang disangkanya sahabat baik...rupanya akan menikam dirinya dari belakang... .

Tunggulah sambungannya dalam bab yang ke dua nanti... .
 
ss/spl/pm ... 30/5/2012.
 
 

Tuesday, 29 May 2012

SIMILE


SEPERTI aur dan tebing
Begitulah keakraban persahabatan yang terjalin
Mengiringi keikhlasan di sanubari
UMPAMA benih-benih persaudaraan
Yang bercambah mekar di dalam hati
Insan-insan berhati mukminin sejati ... bersaudara
BAK kasih sayang sehidup semati
Berjanji ikhlas di bawah panji kasih Ilahi
Dicubit di peha kanan
Terasanya pasti di peha kiri
LAKSANA belangkas yang bertautan kasih
Begitulah kasih sayang persaudaraan sesama Islam
Di bumi Allah yang dikasihi ini.

Kita semua bersaudara.

ss/spl/pm ... 29/5/2012.

ADA GAYA DALAM BAHASA


Belajarlah
Bagaimana ada gaya dalam bahasa
Bukan sekadar bergaya dengan pakaian sahaja
Dalam berkarya juga perlukan gayanya
Gaya lenggok dalam berbahasa
Yang sentiasa diguna
Di dalam setiap karya yang ada.

Bagaimanakah bentuk Personafikasi
Memainkan gayanya dan beraksi
Mengambil sifat manusia dalam berimejinasi
Akan perasaan atau perwatakan dalam berfantesi
Dan halusinasi benda-benda hidup dan juga mati
Seumpamanya kata-kata yang selalu diguna seperti ini ... ,

Gunung-ganang mula bangkit dari tidurnya
Setelah mentari pagi tersedar dari alam mimpi
Dalam khayalan ngeri kematian sinar cahaya suria
Di sebalik awan yang termenung di suatu sudut yang sepi
sambil bergenangan tangisan gerimis di pagi hari
yang menggigil dalam kedinginan kebasahan embun pagi.

Begitulah bergayanya personafikasi
memainkan gayanya dalam berinteraksi
jadi ambillah masa untuk mengulangkaji
setiap karya ada gaya di dalam berpuisi
agar senang untuk kita memahami lain kali
Gaya-gaya yang sentiasa diisi di dalam berpuisi.

ss/spl/pm ... 29/5/2012.

Monday, 28 May 2012

FIKIRKANLAH


Jangan mendengar sebelah pihak
kalau kita tidak mahu berpihak
baru adil kepada ke dua-dua pihak
semuga damai tiada berpihak-pihak.

Jangan menuduh sebarangan kata
agar tiada kelukaan dari kata yang mengata
lidah amat tajam bermain kata-kata
umpama belati menikam dada dengan hanya berkata-kata.

Jangan kerana santan semut binasa
begitu juga mulut perhubungan terbinasa
meruntun jiwa hati hancur dan dibinasa
menuduh diriku dengan kata-kata yang membinasa.

Jangan mempercayai kata yang mengusutkan
bila akal seumpama bayi yang mudah dikusutkan
gunakan akal yang tidak termakan hasutan
adakah kasih sayang yang kuberi lahir dari kata berhasutan.

ss/spl/pm ... 28/5/2012.

KITALAH JUARA


21 puisi
21 pengkarya
21 lenggok bahasa
21 gaya
21 maksud kecantikannya
tapi
hanya 1 juara
hanya 1 tempat ke dua
hanya 1 tempat ke tiga
dan 7 pemenang saguhatinya
siapakah yang bergelar juara
di antara mereka yang menghantar karyanya?
Tunggu ... ,
kerana juri belum memberikan keputusannya
kerana amat hebat karya-karya yang diterima
kerana semua yang menghantar karyanya
adalah sang juara sebenar-benarnya.

Terima kasih daun keladi
lain kali kita adakan pertandingan lagi.

ss/spl/pm ... 28/5/2012.

CINTA KARIPAP

Sehari satu juadah
 
Sungguh enak rasa karipap
lebih enak bila makan bersuap
hati berbunga jantung berderap
gemuruh hati hilang sekejap.

Semalam pagi menjemur sekrap
hari ini singgah ke rumah pak Hijab
hajat di hati nak rasa karipap
dibuat oleh anak daranya si Zainab.

Waktu petang jangan terperap
pergilah berjalan seberapa kerap
mencari erti rindu berhijab karipap
di sebalik tabir hati berharap.

Hai penangan rindu si pembuat karipap
cun tu! ... ada penyedap
perut tertawan ada penyebab
tertawan hati kepada si gadis yang memakai jilbab
cinta karipap di buat si Zainab
penuh hikmah keberkatan ... di bulan Rejab.

Cinta karipap.

ss/spl/pm ... 28/5/2012.

Ke mana Menghilang


Puas kucari
namum tiada kutemui
ke gunung telah kudaki
ke lautan telah kurenangi
ke langit telah kujelajahi
di mana lagi
perlukah kuselam ke dasar sungai
perlukah kutarah hutan belukar
jika sampai ke situ belum kutemui
cukuplah aku terduduk di sini
menikmati apa yang ada di depanku
sehingga aku dijemput
menemuiNya pemilik nawaitu ini.

~~LK~~

Menongkah Mimpi


Andai inilah takdir buatku
aku terima
walau beriringan air mata
cukuplah buatku
Sang pencipta telah mengizinkan
walau sekali
telah kukecapi
indah telah kunikmati
bahagia telah kukecapi
biarlah mimpi ngeri ini aku miliki
habuan diri menikmati
merasai nikmat peritnya
duka lara dunia
yang telah saudara-saudaraku harungi
biarlah kali ini aku rasai
peri perit gagal memiliki
sebuah mimpi yang kuimpi
kugapai tapi tangan tak sampai.

~~LK~~

Tercalar rekod


hari ini
telah tercalar rekod bersih
18 tahun memandu tanpa kemalangan
kerana teralih pandangan
kereta brek mengejut di hadapan
telah kuhentam
nasib baik tiada kecederaan
sedikit kerosakan
namun kuteruskan percutian
yang tekah dirancang.

CNM, 26/6/12, 8.33 PM
Casa Del Rio Melaka.

~ Seketika Dalam Genggaman ~


Seindahnya bicara
tersimpul rapi
dalam alunan
senandung kasih
bagaikan madah
cinta dan rindu

Serumpun kasih
senada seirama
menitip halus
genggaman erat
kata naluri
bisikkan hati

Nazam berkasih
bisikkan mesra
terpana keasyikkan
rantaian rindu
kian melambai
dalam asa
terbias syahdu...

'Seketika Dalam Genggaman'...kulaungkan irama sendu...

27/5/2012 Ahad
2.17am
SNQ

Orkid


Orkid
di taman botani air keroh
sungguh memukau pandanganku
indah sekali ciptaan-Mu tuhan
nikmat alam.

CNM, 26/5/12, 8.36pm
Casa Del Rio Melaka

Pokok Unggul


hidup perlu diteruskan
walau di mana tercampak
jadikan ia motivator unggul
dalam serba kekurangan
gagah berdiri
memajukan diri.

CNM, 27/5/12, 5.39pm
THMK

Dandelions Buat Teman


Telah kusemai benih-benih dandelions
Semua buat kamu
Seawal usiaku hingga ke akhir waktu
Dandelions itu sudah benar mekar
Khas buat kamu...
Teman-temanku...
Seladang indah
Dandelions buat teman.
 
 Ainon Zaini Zakaria

Laut Kasih 107


keranamu dinda
kasihku berkolek
meredah gelora badai
menuju pelabuhan laut kasihmu
di pesisiran pantai cinta mulusmu.

keranamu sayang
kesetiaanku berenang
mengharungi luas samudera
menuju dermaga laut kasihmu
di pulau cinta sucimu.

CNM, 27/5/12, 10.17pm
THMK

Kumpulan Puisi yang bertanding dalam THMK1

Puisi 1:

THMK 1
Tajuk : Wajah.
Oleh : CT Nurza.
Tarikh : 13/05/2012

Wajah...
Tika ku lihat di cermin makrifat
Ada yang kabur dan kusam
Bukan kerana jerawat jeragat
Tetapi...
Lantaran debu-debu hipokrit

Zahiriah...
Cantik, anggun, mulus berseri
Batiniah...
Penuh noda-noda mazmumah
Berkeladak berkarat melekat hitam
Terlindung di balik petak-petak hati yang dalam

Bisakah wajah...
Jadi ukuran dan nilaian
Pada sebuah kejujuran dan keikhlasan?

CT Nurza : THMK 1

_________________

Puisi 2:

THMK 1
Tajuk : Tiga Wajah.
Oleh : Ezahnor Ismail
Tarikh : 13/05/2012

Tiga wajah

Tiga wajah bersilih ganti
Duka, ceria dan suram
tiap kali masa berlalu
bersama perginya malam
tatkala datangnya pagi
menanti petang menjelang

Tiga wajah peneman diri
tatkala hati bersulam duka
gambaran hati terluka
sukar untuk bermukamuka
kerana diri bukan pendusta

Tiga wajah menghias diri
saat riang wajah ceria
namun hati gundah gulana
kala insan gembira
hanya duka peneman diri
wajah terlukis gambaran hati
semakin kelam
semakin tenggelam
bersama sendu malam

~Tenang~

  __________________

Puisi 3:

THMK1
Tajuk: Andai Warna-Warna Impian Terlukis Cantik
Oleh: Alang Eynna
Tarikh: 13/05/2012

 ANDAI WARNA-WARNA IMPIAN TERLUKIS CANTIK

Warna-warna dibancuh dalam bekas keliru
terlarut angan di taman indah nan berliku
menuang harapan mencipta lakaran
sesempurna pesona warna-warna impian
bisakah terbias cantik galeri kenyataan?

Warna-warna impian masih tak sempurna
serasa sentuhan kaku tak bermaya
serinya memudar tak bercahaya
mungkin bercampur serpihan duka
dada kanvas tak berjiwa hampa terasa,

warna-warna di bekas keliru kian membeku
lakaran ditarikan rentak ilham menyatu
hingga peluh memercik jernihnya rindu
tatkala sisa-sisa waktu terjamah ragu
bisakah terlukis cantik sentuhan kalbu?

Andainya peluh ikhlas yang menitik
melarut bersama lakaran yang terlarik
tentu akan indah nubari yang berbisik
andainya dada kanvas terlukis cantik
segala pujian hanya buat Yang Khaliq.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~

___________________________

PUISI 4:

THMK 1
TAJUK : SERI KECANTIKAN
OLEH : ALIA AMER ISKANDAR
TARIKH : 14.5.2012

~~SERI KECANTIKAN~~

Si dara
tatariaskan dirimu
dengan keimanan
cahayanya pasti terpancar
indahnya menusuk ke jantung
biar terleka dibuai mimpi memandangnya...

Si dara
tambahi keanggunan sifatmu
biar kian menyerlah keayuan
bagai tersuluh cahaya
menjelma seri yang bersih
lahir dari hati yang bersinar
hingga tiada putus tatapan...

Si dara
lengkapi dirimu
dengan cantik di luar
berseri indah di dalam
biar kian menyerlah
keayuan peribadimu.

______________________

Puisi 5:

THMK 1
TAJUK : ADA SUATU WAJAH.
OLEH : AZIDEE A RAHMAN
TARIKH : 14.05.2012

Ada Suatu wajah...

Peromannya sudah agak terbiasa,
menjadi latar di kerdip mataku,
Terkasima aku tika menatapnya,
ku pintal erat di sudut penjuru hati,

ku sira dengan cairan lilin madu,
agar awet peroman itu ,
di dalam lemari jati usang itu.

Ada sepasang mata...

Walaupun sekadar bundar,
tidak setajam dan segalak Siti Nurhaliza,
matanya tetap bak kejora,
merenung meraih simpati,
penuh kasih membujuk lirih.
Tika kemelut penuh aral,
penuh kewalahan,penuh bersawala
renungannya menghumban jauh segala derita,
terus menghunjam ke lubuk beku.

Ada seulas bibir...

lebam ulas bak limau kasturi,
walaupun tidak seghairah bibir Madonna,
ia masih tetap menggamit,
senyum penuh keghairahan.

Setiap detik derita... sirna,
setiap bintang-bintang kecilku tiada upaya,
bibir mungil itu sering mengucapkan ,
patah-patah Sirah,
patah-patah Surah.

Tika malam sendirian berwirid dan berdoa.
dengan air mata bermanik nan berjujuran,
agar jalan kami tampak burujnya.

Ada sebatang hidung...

walaupun agak kembang,
tidak semancung hidungnya Cleopatra,
ataupun ratu panggung Maya karin.
Ia masih tidak jemu menyua,
mencium dan menggomol santai,
pipi putera-puterinya,
yang ada tikanya bermimpi teramat buruk,
dengan rela tulus,
penuh kasih nan bugar,
tika larut malam berjaga .

Ada suatu wajah...

Peromannya kini agak jauh berubah,
tidak seperti selalunya.

Tapi...
hatinya tetap sama,
lirih untai senyuman bibirnya tetap sama,
kembang marak hidungnya tetap sama,
bundar kelat matanya tetap sama.
seperti dulunya.

langsung tiada yang berubah,
peroman itu.

hmmm...

_________________

Puisi 6:

THMK 1
Tajuk : Milik Siapa
Oleh : Maisarah
Tarikh : 15/05/2012

Tidak mampu menipu sang mata
dari terus menatap curi wajah di depan
sesekali kulepaskan senyum bermakna tanpa dikesan
dibalas jelingan manja yang spontan
tak diam lalu resah dan geram tak terucap.

Redup matamu seperti kelopak yang penuh embun di pagi hari
tenang..tenang sekali
sesekali senyummu terpamer
oh! betapa indah cipataan Illahi
biarpun kita sama-sama miliki sepasang mata
tetapi tidak sama
matamu jauh lebih indah dan cantik dari yang lain.

Dengan lenggok sopan dalam mengatur langkah
wajahmu tenang sekali
cukup mempesonakan tiap mata yang memandang
berlalu sambil tersenyum
Pernah aku merindu wajah itu
milik siapa?
wajah yang kekal di ingatan.

____________________________

Puisi 7:

THMK 1
tajuk: seorang tua di gubok usang
oleh: Chinta Waza

tarikh: 15/05/2012

dia seorang tua yang dilahirkan
dalam kepayahan dan kemiskinan
tanpa saudara tanpa teman
khusyuk menggamit Tuhan
di rimbunan teratak usang

masihku ingat
waktu mentari tegak di alam
aku berseiringan
dia membimbit raga berisi keledek
kekadang berlumur dengan lumpur
pulang dari bendang
ladang getah dan bendang
yang bukan miliknya

tapi dia tak pernah menyesal
gubok usangnya adalah mahligai impian
ladang getah adalah bukit intan
dan bendang adalah hamparan emas
hari demi hari bagai mengutip kemewahan
walau sekadar pengupah

di desa dan di gubok ini
dia tak pernah meratap
kerana di sini
adalah satunya tradisi yang diwarisi
adalah satunya kebeningan yang hakiki.

----------------------------------------------

Puisi 8:

THMK1
Tajuk: WAJAH IMPIAN SELEMBUT SUTERA
Oleh : Amirah Amir
Tarikh: 15052012


Lihatlah seraut wajah cinta ini
terserlah keayuan dan kejelitaan
tersimpan sejuta rahsia ramuan kehidupan
namun tetap tenang tanpa kecelaan
penampilan yang sungguh mempersonakan.
Seraut wajah manis menjadi idaman
semakin di pandang semakin tertawan
sehalus mulus pipi di seri
selembut sutera kasih di beri
sewangi haruman cinta kasturi.

Dari sinar mata terpancar kemesraan
senyuman menguntum indah menawan
renjisan rindu cinta kasih dan sayang

perasaan yang tersimpan di dalam diam
kerana akulah pemiliknya wajah impian.

_______________________

Puisi 9:

THMK1
Tajuk: WAJAH TAK BERWAJAH
Oleh : LAILA MOHD
Tarikh: 15/5/2012
Duhai Wajah tak berwajah
Hatiku mengata Engkau ada lalu aku keluar daripada alam
Aku terjun ke dalam hatiku
Di sana aku temui kebodohanku
Aku panjat gunung yang tinggi sangkaku Engkau berada di puncaknya
Namun tidak kutemui Wajah di sana
Dalam kepayahan aku cari penawar berwajah pada Wajah-Mu
Aku malu mendongak wajahku yang kotor kala memohon pada-Mu.

Aku memanjat tangga rumah-Mu, Engkau menutup pintu
Kala aku mengundur Engkau membuka jendela
Bila aku mengintai Engkau melabuhkan tirai
Aku mencari Wajah tak berwajah.

Diriku telah hilang ghaib di dalam gua yang gelap gulita
Puas aku mencari namun tidak aku temui
Izinkan daku bermalam di tangga rumah-Mu
Memejam mata di situ agar apabila Engkau membuka pintu
Engkau memandangku walaupun aku tidak memandang-Mu
Dapatlah aku saksikan Cahaya-Mu tanpa wajah tanpa warna
Hanya jelira di dalam yakin
Cahaya Engkau yang aku pandang
Wajah tak berwajah
Maka izinkan aku berbangga sebagai hamba-Mu.
___________________________________

Puisi 10:

THMK1
Tajuk: TANGKAI HATI
Oleh: HAdira Kifly
Tarikh: 16/5/2012

Ia mula membeku 
dengan getar dan rindu
tidak mencair di hujung waktu
ia akan tetap begitu 
tanpa hadir juraian kasihmu

andai hati itu sedingin salju
putihnya mampu membuat kau dingin membeku
andai hati itu bunga yang berkembang seribu
pasti kau tertawan bak melihat ratu

ada tangkai yang merambai
ada gugusan yang mendayu
melagukan alunan suara merdu
kala gundah datang melata
saat resah sedang meraja
tika hati dirundung hiba
dengan doa pada yang Esa

dan yakinlah olehmu
tangkai-tangkai hati itu
pasti menjadi milikmu. 

~Arjuna Hati~
_________________________

Puisi 11:

THMK1
TAJUK: PEKERTI INDAH BONDA TERCINTA
OLEH:NURHARYATI ISHAK
TARIKH:17/5/2012

PEKERTI INDAH BONDA TERCINTA

Bertunjang rasa berpasak bahagia
Memutik ikatan antara kita
Sedari kecil kita bersama
Meluruhkan aroma kasih tercipta
Di ruangan indah mahligai bersama

Bonda, kuntuman kasihmu senantiasa berbunga
Sepanjang destinasi hidup tercipta
Kau raut kasihmu memayung payah
Namun tidak pernah dirimu mengalah
Itulah perngorbanan yang tidak akan ku lupa

Selembut bicara bersulam kata
Mengatur bahasa penuh sempurna
Begitulah asal sifatmu bonda
Membentuk peribadi yang begitu indah
Membuatkan aku berasa bangga.
______________________________

Puisi 12:

THMK1
TAJUK:TERBIAS DALAM KEBISUAN
OLEH: SYAHADAH NUR QALBI
TARIKH: 19/5/2012

~ Terbias Dalam Kebisuan ~

Pada malam yang dingin
aku menatap bulan dan bintang
menghiasi lelangit indah
tersenyum aku sendirian
berilusi dalam anganku

Terpegun aku dengan cahayanya
berkilau cantik
terbayang aku
pada wajahmu
seolah bintang
itu adalah dirimu

Betapa bahagianya
aku...jika kau di sisiku
di saat ini dan di ketika ini
bersama dalam luansa cinta
berdakapan mesra
mengungkap bibit-bibit
kasih dan sayang...

Namunku terima
segala ketentuan Illahi
andai kau dan aku
bersatu
dalam impian mahligai
ciptaan kita...
'Terbias Dalam Kebisuan'...istana menanti...

NQ
__________________________________

Puisi 13:

THMK1
Tajuk : Wajah Seketika
Oleh : Zu
Tarikh : 19/05/2012

Ada wajah dalam seketika
Sang rindu menderu tiba
Tenggelam pilu di lautan jiwa
Melebur segala nestapa

Bila cinta di dalam jiwa
Wajah seketika wangian duka
Segala yang dirasa
Ada bahagia

Ketika panggilan cinta
Wajah yang seketika
Telah menaburkan hablur kecewa
Pelangi, mentari menerbit bahagia

Wajah seketika
Bak cahaya pelita
Temani merata
Penawar derita...

~ ♥ Zunnime Zu ♥ ~
 ___________________

Puisi 14:

THMK1
Tajuk: Buat bidadari kugelar isteri
Oleh: Tabir Khaizuran
Tarikh: 21/5/2012

Di atas jambatan Marienbr├╝cke
kulukis memori detik bersama
dia, bidadari kugelar isteri.

Melatari segenap kanvas hidup
adalah warna ria tawamu
dan illutrasi indah suasana senja
adalah kombinasi lakaran sukadukamu.

Senyumanmu, kulakar sepertinya angin-
meluruh segala dedaun resah.

Tenangmu, kujadikan pencahayaan
menghapus bayang-bayang hitam semalam.

Lukisan ini kubingkaikan dengan cinta
buat bidadari kugelar isteri
sebagai tanda kasih seorang suami,
lewat di istana Neuschwanstein.

Tabir Khaizuran
THMK1

-------------------

Puisi 15:
THMK1
Tajuk : WAJAHWAJAH PERAMAN LARA
Oleh : Manja Kasih

wangi melati yang kauserak
di kasur malamku
masih semerbak menyelak sejarah

pelakar hidupku duhai
uncang rinduku masih basah
pada pesanpesanmu kupaku
menghangatkan darah hidup
telus melarung waktu

cebis kasihmu kugenggam tak usai
magisnya menguntum harga
sebaldu kelopak mawar dicumbu mentari
harum mengintai bucubucu hati
mematri mahar setinggi
tulus budi

wajahwajah pembawa cinta
walau sendu sering mengulum resah
helai hiba gundah melayar
mengkal kasihmu peraman jiwa
terusir hela nestapa
terpancing bahagia
terhijab duka

aku larut menjamah nikmat...~

♥ manja ♥
22~05~2012
11:05am
_____________

Puisi 16:

THMK 1
TAJUK:WAJAH-WAJAH KEKASIH
OLEH:LAILA MANJA
may 22, 2012

~Wajah-wajah kekasih~

Wajahwajah kekasih
yang aku rindu
berlegarlegar di dalam fikiranku
tersentap pilu..pedih merindu
kenangan di saat dahulu
meniti dewasa bersama denganmu.

wajahwajah kekasih
yang terbayang di ruang mata
mengimbau kembali sejarah lama
bermandimanda berlumpur leka
di hamparan hijau padi...berkejaran kita.

wajahwajah kekasih
nantikan kehadiran waktu
masa cemburukanku
untuk melepas segala yang terbuku
di dalam sukma..kalbu
tuntutan amanah yang diutamakan dahulu.

wajahwajah kekasih
berdebar rasa dadaku
menanti tiba saat yang ditunggu
mahu kucanang seluruh pelusuk duniaku
aku terlalu rindu untuk bertemu
pada wajahwajah yang bermain di dalam mindaku.

LM may 22, 2012
selasa.
___________  

Puisi 17:
THMK 1
Tajuk: Kecantikan wajah
Nama penulis: Nuur Rafidah Baharruddin
Tarikh: 23/5/2012

Dandi rebana sahut menyahut
tenggelam bunyinya
sejak kapan
kapan pegari wajah sedu.

Nyokak dara berias baiduri
diekori kapit berlalu pergi
duduk pelator di pelampang
tidak pecen
beribu
mata jernih bulat menumpu.

Wajahnya sempurna
umpama bulan mengambang
senyumannya manis
terampas hati terunaku.

Aduhai
hilang diriku
melihat si dara
wajah ayu senting digambar.

Namun kapan
kapan aku bertuah
dara
wajah sedu
menanti saat jadi milikku.
___________________

Puisi 18:
THMK 1
TAJUK: Bonda
OLEH: Noor W. Hudaa
TARIKH: 24.5.2012

Wahai emak yang kucintai,

Ketahuilah bahwa aku sangat menyayangimu hingga akhir degupan jantungku ini,
Biarpun aku jauh dari sisi,
Merantauku pergi seorang diri,
Di udara kujejaki,
Walau di dalam jurang Mariana sekalipun aku tembusi,
Dalam hatiku tetap ada dirimu wahai pengarang jantung hati…

Wahai emakku sayang penyeri diri,
Khilafku padamu amat banyak sekali,
Terkadang aku merajuk diri,
Berdiam diri di balik tirai,
Betapa pendosanya diri ini,
Kupohon maaf dari seluruh tubuhku agar kau ampuni,
Supaya hidupku diberkati hingga ke akhirat nanti…..

Duhai emakku,
Sungguh tidak dapat kubayangkan hidup tanpamu,
Walaupun dikau jauh dari mataku namun tetap aku rindu,
Tiada seleraku untuk mengisi perut jika kelibatmu tiada di hadapanku,
Setiap saat dikau berada di relung kalbuku,
Aku ingin berada dekatmu selalu,
Kerana engkaulah yang melahirkan aku……
____________________________________

Puisi 19:

THMK1
OLEH : SRI MAWAR
25 MEI 2012

ANAK SIAPA GERANGAN

Anak siapa gerangan manis duduk bersimpuh
kerdip matanya melirik tatap di bibir mata
cahaya berseri pada raut wajahya putih bersih
senyumnya memberi damai rasuk hati yang terkesima
kerudung putih menarik kagum pada pesona rasa
itulah santun gadis nan ayu tersipu malu.

Anak siapa gerangan tegap berdiri membanting tulang
pada titisan keringat merembas kudrat
begitu sopan dalam tertib seorang lelaki tampan
anak muda yang bersiap sedia menggalas bebanan di pundak
budi dan jasa menjadi utuh di buai hasrat
tidak gentar merintis masa depan dalam kuat semangat
itulah peribadi mulia pria peribumi di alam sejagat.

Andai bersatu antara mereka di puncak cinta
pada kerukunan dalam membentuk keluarga bahagia
pasti juang cita akan bermakna di tirai usaha
gemerlap kehidupan sedia menanti di hujung ikhtiar
dan warna iman dan takwa seiring saling menyeri
pada jiwa-jiwa insan berbudi murni
cemerlanglah kehidupan menjadi khalifah
pada muka bumi Allah yang bertuah.


------------------------------------

Puisi 20:

THMK1
Citey Spectra
Kecantikan Lukisan Wajahmu
27/5/12

Kecantikan Lukisan Wajahmu

Raut wajahmu menceritakan perjalanan hidupmu
hidupmu penuh berliku beranjau mematangimu
mematangimu cepat mendewasakan hari-harimu
hari-harimu terus lebih bermakna dan berbunga indah

indah terukir di wajahmu sedari kecil menjelang dewasa
dewasa yang mengendong seribu perjalanan cerita
cerita duka memberi seribu pengalaman berharga
berharga buatmu meneruskan perjalanan riwayatmu

riwayatmu juga mengutip cerita-cerita bahagia
bahagia yang menceriakan ritual hidup ceriamu
ceriamu memancarkan kelembutan dan keriangan
keriangan yang mengabadikan awet pada wajahmu

wajahmu wajah pinjaman yang menuntut amanahmu
amanahmu menjaga dan membelai penuh manja
manja wajahmu yang sering menjadi kegilaan
kegilaan sesiapa sahaja yang terpandang lukisan wajahmu.

~ICT~lukisan wajahku...Espie...

____________
Puisi 21:

THMK1
tajuk:contoh ikutan
oleh;Nurjiee firdausi
27 may 2012.

~Contoh ikutan~

Walaupun tidak pernah menatap wajahmu
wajahmu bercahaya purnama merindu
merindu pada kecantikkan peribadimu
peribadimu yang terpuji

terpuji menjadi contoh ikutan
ikutan buat kami umatmu
umatmu yang kau dahulukan
dahulukan saat ajal menjemputmu

menjemputmu telah sampai janjimu
janjimu kepada Muhammad
Muhammad kau kekasih Allah
Allah mengutuskan wahyu
wahyu untuk disampaikan

disampaikan kepada seluruh umatmu yang hina
hina dan dicerca tidak kau peduli
peduli pada fitnah yang disebar
disebar risalah terpuji.

Kau nabi Muhammad...cantik budi pekerti
menjadi dambaan di hati
selawat dan salam keatasmu.

nurul may 27,2012
ahad___________________