Recent Posts

Monday, 30 April 2012

1 MAY ... SATU HARI UNTUK PARA PEKERJA




1 May ... ,
satu hari untuk semua
satu hari yang menobatkan segala usaha
yang tercurah setahun ... lamanya
satu hari yang dinantikan oleh semua yang bernama pekerja
yang senantiasa mencurahkan keringat di dadanya
berbahangkan panas mentari di ubun-ubunnya
berembunkan dingin salju di minda merdekanya
beralaskan tikar rumput dan lalang mengkuang kelangkangnya
bernadikan urat empat kerat di tulang kederatnya
bertilamkan tilam kasar di telapak tangan dan jejari jemarinya
yang sentiasa perit bagai tertusuk selumba.


1 May ... ,
satu hari untuk semua
satu hari untuk pekerja seluruh dunia ... satu Malaysia.


ssz/spl/pm...1/5/2012.



PERANG URAT SARAF




Uratku ... sakit
sarafku ... sakit
kepalaku ... sakit
badanku ... sakit
jasmaniku ... sakit
rohaniku turut sama terasa sakit.


Perang tercetus
membantut fizikal pergerakkanku
hingga aku bergelumang
dalam konflik peperangan ... .


Perang urat saraf.


ssz/spl/pm...30/4/2012.



TEMAN TAPI MESRA




Teman
aku bahagia
melihat dirimu gembira
riang
ria
dan ceria
tanpa sedikit pun riak kelukaan
tanpa sedikit pun ...,
palitan lumpur kedukaan
yang terpampang
dan terhias
di wajah manismu ...,
wajah yang dahulu gundah
seakan termati sudah urat darahnya
kini telah kembali ... ceria,
seceria wajah kesayangan hamba.


Teman tapi mesra ... .


ssz/spl/pm...30/4/2012.



KUPU-KUPU KERTAS




Kupu-kupu kertas
cantik terhias
menghiasi dinding berkanvas
suci tiada berhadas
halus bagai sutera dari Madras.


Kupu-kupu kertas
terlakar di atas pentas
pentasan jiwa yang berkias
berkiasan bukan untuk dibahas.


Kupu-kupu kertas
tetap sekeping kertas
yang digubah dari jiwa yang masih berbekas
bekasan luka dari coretanmu yang tidak beralas.


ssz/spl/pm...30/4/2012.



TANGISAN LANGIT BERAPI




Langit tinggi
di sebalik mentari
bertangisan awan berapi
seakan menguji
seakan mengetahui
dan seakan menemani
diriku ini
yang kesunyian lagi
di lautan sepi
bersendiri ... menyendiri
menangisi ... meratapi
akan pemergian yang terabadi ...,
kekasih pujaan hati yang aku ... aku cintai.


ssz/spl/pm...30/4/2012.



TIADA PAKSAAN TERCIPTA




Tak suka ... tak apa
aku tak memaksa
aku hanya berkata-kata
dalam bait bicara sehalusnya
dan rasanya ... ianya adalah sewajar-wajarnya
aku bernasihat dalam bermadah seloka
aku bersaranan dalam bersyair pujangga
kalau itu pun engkau tidak boleh terima
aku tak boleh buat apa-apa
yah! ... cuma satu yang aku pinta
cuma satu yang aku mahu engkau fikirkannya
fikirlah dahulu sebelum engkau berbicara
fikirkanlah dahulu baik buruknya
sebelum engkau berkata-kata
kerana terlajak perahu boleh diundur semula
terlajak kata ... binasa padahnya
engkau tak suka nukilan yang aku cipta
terlebih dahulu ingatilah apa yang telah engkau bicara.


ssz/spl/pm...30/4/2012.



haiku~badan tak sihat



kilat memancar
malam semakin sunyi
nyaring dengkuran



ssz/spl/pm...30/4/2012.



Sunday, 29 April 2012

PERUT OH PERUT




Mencarut
mengarut
bersungut-sungut
berdenyut-denyut.


Perut oh perut.


ssz/spl/pm...29/4/2012.





KATAK BAWAH TEMPURUNG




Bagai katak di bawah tempurung
hanya tahu tembolok perutnya yang dikendung
kembang kempis nafas di hidung
menunjuk lagak dialah yang beruntung.


Katak kembung menunjuk anggun
nasib yang lain tidak dihiraukan pun
janji dirinya tidak basah lencun
nak je...dalam tempurung aku masukkan mercun.


Wahai katak di bawah tempurung
sedarlah kamu...nasibmu tidak selamanya beruntung.


ssz/spl/pm...29/4/2012.



JOM BERSIH




Oouu ...Oouu ...,
Malam sudah tiba
mari kita berleluasa
kau lihat mataku
warna apa ya?
Kuningkan? ...,
kuningkan warna kumpulan Bersih
yang tadi berdemontrasi jalanan
meminta dibersihkan segala-galanya
jadi ...apa ditunggu lagi
jom kita bersihkan sampah-sampah yang ada
yang depa-depa ni dok tinggalkan...hampeh!


Oouu ...Oouu ...jom bersih.


ssz/spl/pm...29/4/2012.



ADUHAI TERGELAKNYA AKU




Kenapa aku tergelak?
Macam mana aku tak tergelak
sedang demontrasi Bersih diadakan di Dataran Merdeka sana
berdemontrasi
menunjuk perasaan
berpiket
bertempur
dan merusuh
meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya
mengadakan pilihanraya yang bersih, adil dan saksama
tapi ..., antara sedar atau tidak
dalam masa yang sama
kerajaan juga SIBUK mengadakan operasi Bersih...membersih FB
sampai aku tidak dapat tembusi akaun FBku ...,
Kah Kah Kah...padan muka aku. 


ssz/spl/pm...29/4/2012.



Saturday, 28 April 2012

BERDIRI SAMA TINGGI DUDUK SAMA RENDAH




Berganding bahu sesama kita
bahu membahu mesra sentiasa
agar kehidupan sentiasa bahagia
berkekalan hingga ke hari tua.


Peha dicubit sebelah kiri
peha kanan pasti terasa
anak bangsa jangan dianak tiri
baru keadilan kekal dijiwa.


Berakit-rakit di dalam tasik
anak seluang di tepi lukah
terasa sakit di hati terusik
nak kubuang tidak terluah.


Blog kubuka lantas kutulis
luahan hati seribu pertanyaan
kehairanan kerana FB tak boleh dirintis
apa dah jadi...adakah terkena sekatan?


Agak-agaklah...inikah yang dinamakan kebebasan.


ssz/spl/pm...28/4/2012.



BERSIH OH BERSIH




BERSIH oh BERSIH
sampai FBku pun nak diBERSIH
harapkan kerajaan yang BERSIH
tapi kenapa sampai talian internet pun nak diBERSIH
nak masuk kumpulan TAK BOLEH
nak masuk kotak pesanan pun TAK BOLEH
nak kom...en pun TAK BOLEH
habis semuanya TAK BOLEH
inikah yang dikatakan BERSIH
semua nak diPUTIH
bersihlah...tersangatlah BERSIHnya.


ssz/spl/pm...28/4/2012.



Friday, 27 April 2012

RESMI BELATUK IV




Kesian sungguh dirimu belatuk
jadi bahan ujian puisiku yang teruk
simpati dariku inginku memeluk
apakan daya dirimu tak suka dipujuk
makin dipujuk semakin teruk merajuk.


Ingatlah satu pesananku wahai belatuk
puisiku bukannya untuk mengutuk
segala nasihat yang aku selitkan...walau tersorok
memberi pengertian kata yang majmuk
jangan kelambu engkau bakar kerana seekor nyamuk.


Berlapanglah dadamu wahai belatuk
dengar penjelasan dahulu sebelum mengamuk
segala sengketa bisa dirujuk
janganlah kerana dendam kau nak keronyok
menutup mata dari melihat kebenaran yang ditunjuk.


Sabarlah ya wahai belatuk
jangan sampai aku ketuk dengan senduk
nanti baru haru biru...betul-betul jadi sang beruk. 


ssz/spl/pm...27/4/2012.



RESMI BELATUK III




Burung belatuk terbang tinggi
hinggap sebentar di pohon jati
sambil berehat mengasah gigi
pohon kayu jati si belatuk hajati.


Burung belatuk meninggi diri
bangga dengan apa yang dirai
bantuan kemanusiaan sering diberi
burung belatuk sedarlah diri.


Burung belatuk menyalak bukit
hai! Bila masa pula belatuk pandai menyalak.


ssz/spl/pm...27/4/2012.



RESMI BELATUK II




Aku tengok ni belatuk mematuk
aku tengok tu belatuk mengetuk
aku dengar ni belatuk menebuk
aku dengar tu belatuk terhantuk.


Apa pandang-pandang nak kena tumbuk
ada hutang ke yang dah berlapuk
atau banyak sangat ke hutangku berkepuk-kepuk
sampai kau tengok aku terjenguk-jenguk
macam orang yang tersampuk
kalau tak pun tersawan beruk yang benguk.


Sudahlah dengan lagakmu wahai belatuk
jangan suka percaya apa yang engkau tenguk
selidik dahulu apa yang engkau cuba ketuk
jangan nanti tersalah tebuk
benjol di dahi kepala terhantuk
sekali terluka selamanya akan tertunjuk
gajah sama gajah tak mengamuk
anak gajah di tengah pula nak berjarikan telunjuk.


ssz/spl/pm...27/4/2012.



RESMI BELATUK I




Belatuk oh belatuk
dalam genggaman engkau terlentuk
diberi suapan engkau terangguk
tidak disuap engkau mengamuk.


Belatuk oh belatuk
tangan yang menyuap jangan kau patuk
kerana bujukan syaitan kau tercambuk
semua pokok di dalam pekan hendak kau amuk
habis berlubang-lubang engkau tebuk!?


Belatuk oh belatuk
sedarlah...janganlah pula engkau...mahu jadi seperti beruk.


ssz/spl/pm...27/4/2012.



RESMI BELATUK




Cantik sungguh kamu belatuk
terangguk-angguk paruh mematuk
mengetuk-ngetuk pokok diketuk
sambil mengetuk kau tersengguk-sengguk.


Tapi sedarkah kamu wahai belatuk
ketukanmu kadang-kadang dikutuk
terganggunya radu si mata mengantuk
menjadi umpatan bila kau mengetuk.


Sudahlah kamu wahai belatuk
berehat sebentar hilangkan batuk
jangan diikut hatimu yang terlentuk
lentukan wardah berdebu dan berlapuk.


ssz/spl/pm...27/4/2012.



Thursday, 26 April 2012

ADAT PENDEKAR




Di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung
hormat menghormati adalah bijak
barulah kita semua akan disanjung
berbicara biarlah yang enak
agar tiada hati yang tersinggung
jangan diikut hati yang nazak
kelak kerugian kita sendiri yang menanggung.


Adat pendekar berpantang undur
rela berlawan dan juga bertempur
sekali melangkah tak akan kendur
biar pun gugur dalam medan tempur
kerana segala kemungkinan telah pun tercatur.


ssz/spl/pm...26/4/2012.


Tambah kapsyen

DUA WAKTU




Menggigil tubuhku
dalam selimut berkedinginan peluh
melangkah dari satu waktu
menuju ke satu waktu yang lain zahirnya.


Peluh dingin membasahi tubuhku
memercik keluar dari ubun-ubun rindu
walau terketar langkah kakiku
kugagahi jua...demi sujudku
di antara dua waktu.


Panas badanku
panas anggota tubuhku
panas ubun-ubunku
kubasahinya dengan kesejukan wudukku.

ssz/spl/pm...26/4/2012.


SESAT MENUNGGU SIANG



seekor pepatung di hujung taman
terbang bersama teman
riang tanpa sempadan
sebelum pulang lewat petang

seekor pepatung tersesat hilang arah
menumpang kehangatan selimut malam
menunggu siang mencari cahaya
terbang mencari punca

pepatung berlagu sendiri
indah sayap tak bererti
bernafas dalam mati
menantikan bebas esok hari
untuk terbang lagi.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena
::AlangEynna::
April 26, 2012; 1:30pm

GERING




Bumiku kian gering
ais mencair akibat cuaca kering
terlebih siang membuat malam semakin hening
bulan bergerhana bahang semakin meruncing
musibah mendatang tidak tertanding
bumiku semakin hari semakin kering dan gering.


Begitulah yang kurasai saat gering datang berunding
kepalaku sakit semakin hari semakin pening
tidurku tak lena asik bontot tertungging
malamku panas badanku berlenging
tak berbaju badanku semakin menggigil gering.


Nak ke dukun takut dukun pula jatuh gering.


ssz/spl/pm...26/4/2012.



Rindu Yang Bertahta



sedulang kasih setalam cinta
buat dirimu yang aku puja
hatiku pedih rindu bertahta
Lafaz Kalbuku bukannya sesaja.

akan kupintal buih di laut
menjadi hiasan sanggul hatimu
kerana sayang hati terpaut
jiwa dan raga kuserahkan kepadamu.

semalam bersama memagut asmara
di dermaga rindu berlarian bersama
rindu dendam hasrat membara
selagi kasturi cintanya kekal beraroma.

angin malam terbangkanlah rinduku kepada si dia...SPL.

Wednesday, 25 April 2012

TANAH TERBIAR ANAK MUDA KE BANDAR




Kampungku lesu tanah terbiar
bendang berdebu lalang meliar
batasnya kaku permandangannya hambar
sawah merindu pulanglah perantau dari bandar.


Janganlah dinanti Syahwal menjelma
untuk kau pulang berhari raya
kampungmu kini nazak keadaannya
mengharapkan kamu kembali mengerjakan tanahnya.


Hidup di kampung tiada kekurangannya
segala keperluan telah tersedia
dahulu tanah merah dah bertukar rupa
jalan raya berturap sejauh mata memandangnya.


Pulanglah kamu wahai perantau tegar
jangan terlewat hendak engkau sedar
tanah terbiar usahlah engkau biar
kelak tergadai ke tangan-tangan yang beronar.


ssz/spl/pm...25/4/2012.



SEDARLAH TIUNG DI DALAM SANGKAR




Burung tiung di dalam sangkar
mendabik dada suaranya kelakar
mengajuk kata tersangatlah pintar
sesekali bersuara sombongnya terlakar.


Burung tiung belaan saudagar
mahal harganya beribu dinar
dibeli dari penjerat pakar
sebelum buka matanya telahpun dicagar.


Burung tiung tolonglah sedar
manalah sama engkau dengan si camar
kecantikanmu tidak akan kekal segar
dah tua nanti kau pasti akan terbiar.


Burung tiung di dalam sangkar berlegar-legar
tidak bebas hidupnya sentiasa terpagar
hanya sebagai penghias di ruangan berkamar
sampai masa engkau pasti ditukar bagai bertukar cadar.


ssz/spl/pm...25/4/2012.



LEMBAH INI




Kuselusuri lembah ini
bergalaskan joran di bahuku ini
demi lubuk yang aku hajati
sungai berbatu sanggup aku redahi.


Syukurku ya Illahi
syukurku ya Illahi
syukurku ya Illahi...!


Kerana sungai ini masih ujud lagi
kerana sungai ini masih belum dicemari lagi
kerana sungai ini...ekosistemnya masih suci lagi
kerana sungai ini walaupun telah tua...masih dara lagi.


Aku sujud di lembah ini
menadah tangan padaMu ya Illahi...
aku bersujud mensyukuri akan pemberianMu yang abadi.


ssz/spl/pm...25/4/2012.



ATAS NAMA PEMBANGGUNAN




Seekor anak beruang kutub
jalannya asik terjatuh
selangkah dua asik tersandung
ingatkan salji dipijak kukuh
tapi cair bila tersentuh.


Seekor anak beruang kutub
terpisah dari pelukan ibunya
akibat salji mula mencair
padang aisnya yang dahulu beku dan keras 
kini hanyut dibawa arus deras ke tengah lautan yang luas.


Seekor anak beruang kutub yang jauhnya beribu batu
jadi mangsa pembanggunan yang jauhnya juga berbatu-batu.


ssz/spl/pm...25/4/2012.



Tuesday, 24 April 2012

BODOH...!




Sombong bongkak angkuh
kerja tak nak berpeluh
susah sikit dah mengeluh
hanya tahu nak dipayung...berteduh
poket penuh tak payah bergaduh-gaduh.


Bodoh! Bodoh! Bodoh...!


Bukannya nak menuduh
mana si monyet nak tumpang teduh...?
mana pula si siamang nak tunjuk angkuh...kalau teteknya tidak melenduh...?
mana pula tempatnya si ungka nak bergaduh...?
kalau bukit habis ditarah...gondolnya bukan separuh...!


Aduh! Aduh! Aduh...!


Semuanya gopoh
orang kecil memerah peluh
orang besar kantung poketnya yang penuh
semuanya bahalol...tolol sungguh!
Tak pernah nak fikir panjang...tergopoh-gopoh
gelojoh...!


Akhirnya anak cucu pula yang mengeluh...BODOH...!


ssz/spl/pm...24/4/2012.