Saturday 29 December 2012

Tersimpang dan menyimpang



Kadang-kadang yang baik selalu dipandang gampang
kata-kata nasihat dibuat pandang tak pandang
setiap nukilan sering terpesong penceritaan
jauh dari pencernaan,

bukan hendak memahaminya
dan tidak mahu pula bertanyakan maksudnya
yang dihidangkan habis ditelan
tapi segala bidalan lenyap tidak tersimpan,

setiap kata-kata dikatakannya mengata
setiap bait bicara dikatakannya pula menghina
sering disimpangkan maksud kata-katanya
dan akhirnya kata sindiran yang dilemparkan bertuduhan.

Mmmm ... ,
benar kata-kata dalam bidalan
malu bertanya akan sesatlah perjalanan
tidak mahu memahami bait nukilan
akan terpesonglah maksud yang disiratkan.

Yang tersurat akan menyimpang dari landasan
yang tersirat pula akan menyimpang tanpa haluan
hati yang berbirat akan tercambuk cambukan syaitan
dan jiwa yang tidak beraurat,
akan, akan mula memainkan api kebencian.

Ingatlah kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa,

fahamilah segala yang disurat dan disiratkan
sebelum menjatuhkan hukuman dalam kata-kata menyindirkan.

Bertanyalah dahulu apa yang diluahkan dalam setiap bait nukilan. 

ss/spl/pm ... 29/12/2012.

No comments:

Post a Comment