Friday 28 December 2012

Sisipan Senja.



Petang menggamit senja
aku memulakan tugas di waktu berkerja
tugas yang amat mudah rasanya
meronda-ronda di alam maya.

Kuselak dan kuteroka
setiap lembaran yang tersedia
mencari sesuatu yang menguja
yang bisa membuat hatiku teruja.

Namun sia-sia
rondaanku di sini mencalit luka
meresap sendu di dalam jiwa
berona duka di titian hampa.

Mungkinkah ini suratannya
tiada kebetulan yang telah direka
tercipta konflik di episod duka
mewarnai langit di kalam senja.

Ahh! Akur aku atas kemahuannya
tidak terbendung untuk kuseka
jaluran hitam bersarang di dada
kuanggukkan sahaja bahu dan kepala.

Ingin kugeleng tiada kudratnya.

ss/spl/pm ... 28/12/2012.


No comments:

Post a Comment