Tuesday 25 December 2012

Laut di hati.



Lautku tidaklah sempurna
lautku bergelora
lautku berangin puting beliung
lautku di badaian taufan melambung
lautku tsunaminya agak tinggi
lautku berpusaran ngeri,

lautku, 
membuat aku bermuntahkan darah
berdarahkan fitnah
sumpah
dan seranah.

Namun begitu,
lautku sudah cukup masin
tak perlu lagi
kautambahkan garam
hasutan.

Lautanku bernyanyi.

Pelaut Malang bermadah sepi.


No comments:

Post a Comment