Sunday 23 December 2012

Hujan di rembang mentari.



Kenangan menggamit hati
terbaring di padang ini
hujan menyirami
di rembang mentari
bertitisan sepi.

Menggigil tubuhku menari
bergegar tiada mahunya berhenti
hujan yang turun hebat sekali
menyejukkan hati
yang panas ditemani sunyi.

Ohh, hujan!

Usahlah engkau berhenti
teruslah engkau menyirami hati 
menemani sepi
yang masih berbara ini
dek sunyi 
menghambat diri.

Hujan!

Dengarlah bingkisan hati
kuwardahkan di telapak sunyi
semuga sepi
bukanlah santapanku lagi
yang abadi.

Lelah aku di buaian sepi.

ss/spl/pm ... 23/12/2012.


No comments:

Post a Comment