Monday 19 November 2012

Prosa Hati ~ Ada Masa Dan Waktunya


Ada masa dan waktunya kita akan tahu dan kenal dengan sendirinya siapakah kawan menjadi sahabat dan siapakah kawan yang akan menjadi lawan di dalam kehidupan seharian kita. 

Kawan yang akan sentiasa bersama membelai resah kesepian di jiwa dan minda kita yang berserabut kedukaan membelengu asa, dan lara bagaikan bernyawa bersengketa di dalam dada namun akan teta
p bersama seiringan perjalanan kita.


Juga kawan yang akan menjadi lawan dan seteru kita hanya menunggu ketika untuk menangguk di air yang jernih di kuala hiba dan membiarkan keruh di muaranya tidak terawat tercemar sebegitu sahaja.

Menjadi air mandian berlumur lumpur di dada.

ss/spl/pm ... 19/11/2012.






No comments:

Post a Comment