Tuesday 20 November 2012

Gaza



Gaza
bumimu kebasahan lagi
bukan hujan air
tapi hujan api
peluru berterbangan
roket bergugusan
dentuman memekakkan
menggegarkan
namun guruh bukan gemparan
letusan menjadi santapan
letupan sebagai bekalan
kain kapan bukan lagi keperluan
rejim zionis yang hina
berhati keparat
membakar 
banggunan dan kehidupan
hingga tersembam ke muka bumi
jatuhmu bertebaran.

Gaza
gugurmu syahid
mujahidin syuhadah 
anbia.

ss/spl/pm ... 20/11/2012.





No comments:

Post a Comment