Saturday 27 October 2012

‎~ Terbang ~


Mereka terbang datang
dan pulang
sedang riang membias sepi

mereke terbang pergi
laman warisan kembali sunyi
aku bermonolog sendiri
tentang putaran realiti
kehidupan silih berganti

Bila malam terbentang
aku jua akan terbang
menerewang ke alam fantasi
mengutip dan menganyam aksara hati
buat selampir puisi
penghibur hati.

~ msa: 27.10.12 sk443 ~

No comments:

Post a Comment