Thursday 27 September 2012

SELEPAS HUJAN


selepas hujan
melakar kenangan
pelangi hilang tatkala petang

pesona senda di pentas dusta
asyik terleka dibuai warna
akhirnya terlena mimpi tiada,

selepas hujan
rajuk tari si rama-rama
basah dedaun hilang debunga
tersusun rasa dalam jaganya
sayap indah tiada serinya
ingin mentari mengubat duka,

selepas hujan
tanpa tangkai berbunga cendawan
tanpa hijau dedaun keriangan
hanya memetik angan
mencurah harap menitip pesan
tentang basah batas waktu yang meresahkan,

ingin mentari mengubat rawan
akan kering selepas hujan
terpujuk si rama-rama dengan debunga
akan mewarna pelangi seluruh jagat raya
dan selepas hujan
ada sinar yang menawan.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena~
::AlangEynna::
Sept 27, 2012; 4:45pm




No comments:

Post a Comment