Thursday 27 September 2012

Petang Tadi



Petang tadi
aku ke lopakku sekali lagi
lopak yang aku miliki
lopak seiras gambar kukongsi ini
bersama joran 5 kaki
aku sandarkan rinduku kembali
mencuba nasibku untuk kesekian kali
setelah lama aku tinggali
aku lupai.

Kailku yang ada berkarat di kekili
menunjukkan telah lama tidak aku dampingi
namun petang tadi aku kembali uliti
demi mencari 
ketenangan di hati
melayan kerenah si ikan keli
rentapannya berselang-seli
si haruan aku rindui 
dagingnya yang enak ... itu yang aku hajati.

Keasyikan - aku rasai 
sehingga tak sedar senja menghampiri
kembalilah aku ke pejabat aku ini
demi mencari sesuap nasi
kepalaku sakit kembali.

ss/spl/pm ... 27/9/2012.


No comments:

Post a Comment